fbpx

15 Sebab Minyak Kelapa Dara Perlu Diamalkan Oleh Ibu Mengandung

by | Jan 6, 2020

 

Seperti yang ramai orang ketahui, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah salah satu produk kesihatan terbaik. Semua sudah maklum. Untuk ibu mengandung pula, minyak kelapa dara bukan hanya sekadar makanan tambahan yang luar biasa untuk diet kehamilan anda. Malah ia juga boleh membantu meredakan seluruh kesakitan yang biasa dialami ketika mengandung.

 

15 Sebab Utama Minyak Kelapa Dara Perlu Berada Di Rak Dapur Anda :

 

 

gambar hiasan melawan virus dan kuman

1. Meningkatkan Sistem Imunisasi Anda dan Bayi – Minyak kelapa dara mengandungi lebih daripada 90% lemak tepu. Lemak utama dalam minyak kelapa dara ini adalah asid laurik, asid lemak rantai sederhana yang telah terbukti mempunyai kesan positif pada paras kolesterol baik anda serta mengandungi ciri antimikrobik yang akan meningkatkan sistem imun anda dan juga sistem imunisasi bayi anda.

 

2. Menyerap Kalsium & Lemak Mudah Larut Untuk Tubuh Anda – Minyak kelapa dara juga mengandungi lemak yang ‘sihat’ yang akan membantu tubuh anda untuk menyerap vitamin fat-soluble menjadikan ia rangsangan sebenar untuk pemakanan kehamilan yang baik . Ia juga dapat membantu anda menyerap kalsium, penting untuk perkembangan tulang yang sihat.

 

3. Merangsang Pengeluaran Susu Ibu – Sesetengah sumber mencadangkan bahawa asid lauric dalam minyak kelapa dara boleh merangsang pengeluaran susu ibu – asid laurik adalah asid lemak yang sama secara semula jadi dalam susu ibu, membantu melindungi anda dan bayi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan kulat.

Asid laurik adalah asid lemak yang sama secara semula jadi dalam susu ibu

 

4. Menyelesaikan dan melegakan masalah perut anda semasa tempoh kehamilan – Minyak kelapa dara yang diambil secara teratur membantu menyelesaikan masalah perut anda seperti ketidakhadaman, gastrik dan sebagainya. Satu sudu minyak kelapa dara sehari boleh membantu mengurangkan mual dan pedih ulu hati ketika kehamilan. Anda boleh kacau ia ke dalam sup, smoothies atau rujuk beberapa resepi makanan berasaskan minyak kelapa dara. Mungkin anda boleh mencuba 5 Resepi Makanan Sihat Dengan Minyak Kelapa Dara ini.

 

5. Minyak kelapa dara membantu melembapkan kulit anda dan memudarkan ‘stretch mark’ – Gosokkan pada perut anda ketika kehamilan dan selepas bersalin untuk membantu memerangi tanda regangan kehamilan atau ‘stretch mark’. Minyak kelapa dara juga sangat sesuai digunakan jika kulit anda berasa gatal dan tidak selesa.

Membantu melembapkan kulit anda dan menghilangkan kesan ‘stretch mark’

 

6. Menyelesaikan masalah rambut gatal atau kerinting ketika mengandung – Gosokkan sedikit minyak kelapa dara pada rambut anda selepas mandi untuk menjadikan kulit kepala lebih lembap, rambut lebih lurus dan licin.

 

gambar peremouan mengalami selsema dan demam

7. Melawan bakteria, kulat dan virus – Asid laurik dalam minyak kelapa dara sangat berkesan untuk melawan sejumlah bakteria, kulat dan virus yang berbahaya. Minyak kelapa dara juga selamat digunakan untuk mengurangkan pelbagai ulser atau luka yang mungkin timbul semasa anda hamil. Jadi ia akan menjadi senjata ampuh untuk melawan selsema dan demam anda!

 

8. Melicinkan dan mewangikan kulit anda – Tambah beberapa titisan minyak kelapa dara ke dalam air mandian anda untuk kulit kehamilan yang licin lembut dan bau tropika yang indah.

 

bayi yang baru lahir

9. Sangat baik untuk bayi anda yang baru dilahirkan – Sebaik sahaja bayi anda lahir, sapukan minyak kelapa dara pada kulit bayi anda dan boleh digunakan sebagai minyak urut. Urut perlahan-lahan pada kulit kepala bayi anda untuk merawat kesan ruam yang mungkin ada. Minyak kelapa dara adalah produk semulajadi yang sangat jarang meninggalkan kesan tindak balas. Tapi sentiasa melakukan ujian kecil untuk anak anda untuk melihat kesesuaian kulit mereka.

 

10. Membantu menyembuhkan puting payu dara yang luka dan melecet – Minyak kelapa dara juga sangat berkesan untuk membantu merawat dan melegakan puting payudara yang melecet atau sakit selepas bayi anda dilahirkan.

 

11. Mengurangkan sembelit ketika mengandung – Kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Dengan ini minyak kelapa dara berkesan untuk mencegah sembelit, antara masalah yang biasa dihadapi ketika kehamilan.

 

12. Memudahkan proses anda bersalin – Minyak ini juga boleh digunakan untuk urutan perineum sebelum bersalin. Ini akan memudahkan anda bersalin dan mengurangkan risiko koyak teruk pada bahagian faraj semasa bersalin. Sekurang-kurangnya empat atau lima minggu sebelum bersalin, ibu mengandung digalakkan untuk mengambil minyak kelapa dara untuk melincirkan kelahiran bayi anda.

Memudahkan anda bersalin dan mengurangkan risiko koyak teruk pada bahagian faraj semasa bersalin

 

13. Mengurangkan risiko kematian fetus secara tiba-tiba – Menurut kajian yang dilakukan oleh jabatan farmasi dan perubatan USM ini, penggunaan minyak kelapa pada trimester ketiga juga membantu untuk mengurangkan kematian perinatal dengan lebih daripada 50%.

Membantu untuk mengurangkan kematian perinatal

 

14. Membantu perkembangan dan menguatkan antibodi bayi dalam kandungan anda – Minyak kelapa dara juga menjadi penyumbang berkesan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Ia juga membantu menguatkan antibodi tubuh bayi dalam kandungan. Antara perkara menarik lain yang perlu anda beri perhatian juga ialah minyak kelapa dara juga menjadi ramuan penting dalam formula bayi anda kerana kandungan laurik asidnya.

 

15. Membantu anda mengurangkan pengambilan ubat-ubatan lain ketika anda mengalami kesakitan – Dengan minyak kelapa, anda boleh meminimumkan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan, yang mempunyai kesan buruk terhadap anda dan bayi anda yang sedang berkembang. Contohnya semasa anda mengalami pedih ulu hati, demam dan selsema. Pengambilan minyak kelapa dara adalah baik kerana boleh membantu melawan bakteria semasa anda sakit.

Itulah antara 15 sebab kenapa minyak kelapa dara sangat baik diamalkan untuk ibu mengandung. Khasiat minyak kelapa dara bukan saja terbukti untuk penggunaan ibu mengandung, tapi juga untuk seisi keluarga. Kalau tak percaya anda boleh baca 10 Sebab  Perlu Mengambil Minyak Kelapa Dara ini.

Bagaimana VCO @ Minyak Kelapa Dara D Aura dapat membantu memudahkan anda bersalin nanti?

PELINCIR SEMULAJADI!

VCO D Aura bertindak sebagai pelincir semulajadi.. InsyaAllah bila meneran nanti,mudah baby keluar.. 

ENERGY BOOSTER!

VCO D Aura sebagai ‘Energy Booster’ segera yg membantu bekalkan tenaga masa di labour room nanti..

VAGINA ELASTIK!

VCO D Aura juga bagus diamalkan masa hamil & menjadikan Kulit & Otot Vagina lebih elastik. InsyaAllah dapat kurangkan risiko koyakan.

Rakan Pengiklanan D Aura