fbpx

5 Resepi Makanan Sihat Dengan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

by | Jan 5, 2020

 

Jika ada satu ramuan yang perlu sentiasa hadir dalam setiap makanan yang ibu mengandung makan, saya cadangkan ramuan tersebut ialah minyak kelapa dara  atau virgin coconut oil (VCO). Minyak semula jadi ini dianggap sebagai salah satu minyak paling sihat di planet ini.

Banyak khasiat dan manfaat minyak kelapa dara yang anda boleh dapat jika diamalkan dalam diet seharian anda. Ia sangat membantu dalam meningkatkan kekuatan otak kita. kepekatan trigliserida rantaian sederhana yang ada dalam kandungan minyak kelapa dara akan pecah menjadi keton apabila dimakan.

Ini akan menjadi bahan bakar untuk menambah dan mengembangkan sel-sel otak baru. Ini juga baik untuk tumbesaran otak bayi dalam kandungan ibu hamil. Banyak lagi khasiat lain yang boleh anda dapat jika mengamalkan minyak kelapa dara semasa mengandung. Anda boleh cuba baca 15 Sebab Minyak Kelapa Dara Perlu Diamalkan Oleh Ibu Mengandung.

 

Kebiasaan Cara Amalan Minyak Kelapa Dara Di Malaysia

Kalau ikut kebiasaannya, penduduk di negara kita selalu mengamalkan minyak kelapa dara begitu sahaja iaitu secara luaran atau masuk ke dalam minuman. Tapi tahukah anda, di negara-negara maju dan sihat, minyak ini selalu diambil dan dijadikan ramuan dalam makanan sihat mereka.  

Resepi ini juga boleh dicuba sekiranya anda mempunyai masalah loya tekak untuk menelan minyak kelapa dara begitu sahaja. Jadi apa lagi? jom cuba resepi sihat dengan ramuan minyak kelapa dara sekarang juga! 

 

1. Coklat Almond Sihat

 

resepi kuih almond coklat yang mengandungi minyak kelapa dara

Anda boleh membuat coklat buatan sendiri dengan beberapa bahan penting seperti minyak kelapa dara, koko dan juga maple syrup tulen. Coklat biasanya mempunyai mentega koko tetapi dalam resepi ini, minyak kelapa dara ini menggantikannya. Anda hanya perlu masukkan minyak kelapa dara, tambah maple syrup, serbuk koko dan kacau sehingga rata. Untuk resepi yang lebih terperinci, anda boleh rujuk resepi di bawah :

Saiz Hidangan : 30-36 keping

Masa Hidangan : 20 Minit

Bahan Hidangan :

  • ½ cawan minyak kelapa dara D’Aura.
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 2 susu maple syrup tulen.
  • 1 tablespoon ekstrak vanilla.
  • Unsweeten organic shredded coconut / kelapa parut organik. Anda boleh dapatkan di sini.
  • Hirisan kacang badam atau gajus atau kacang kegemaran anda.

Cara Hidangan :

Nota : Anda perlukan bekas kek kertas untuk cupcake atau kuih atau gunakan loyang muffin.

  1. Campurkan minyak kelapa dan maple syrup. Kemudian tuangkan serbuk koko secara perlahan-lahan. Kacau lembut agar tidak terjadi ketulan. Masukkan ekstrak vanilla dan gaul rata.
  2. Dalam tapak bekas kuih anda, letakkan hirisan kelapa parut dan kacang dalam kuantiti yang anda mahukan. Kemudian tuangkan coklat tadi ke dalam bekas sehingga ¾ penuh.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk anda untuk bekukan coklat tadi sehingga dua puluh empat jam. Kalau nak cepat, anda boleh letakkan ke dalam peti sejuk bahagian beku di tingkat atas. Selepas itu, siap untuk dijamu! Terus disimpan di dalam peti sejuk jika tidak dihidang.

Senang, kan?!

 

2. Mayonis Minyak Kelapa Dara atau Coconut Oil Mayonnaise

 

resepi homemade mayonis sihat mengandungi minyak kelapa dara
Jika anda mencari mayonis yang tidak mengandungi minyak canola, anda boleh mencuba sendiri membuat mayonis sihat menggunakan minyak kelapa . Berikut adalah resepi sihat yang boleh anda cuba:

Saiz hidangan : 12-16

Masa hidangan : 10 minit

Bahan Hidangan :

  • 2 biji telur dengan suhu bilik.
  • 1 sudu krim mustard.
  • 2 sudu jus lemon segar.
  • ½ cawan minyak zaitun.
  • ¾ cawan minyak kelapa.
  • Secubit garam dan juga blackpepper mengikut keserasian anda.

Cara Hidangan :

  • Dalam blender atau mixer, masukkan kuning telur, sesudu jus lemon segar, mustard dan blendkan/ mixer dengan kelajuan minima.
  • Semasa sedang blender perlahan, masukkan minyak zaitun dan minyak kelapa secara perlahan-lahan.
  • Setelah semua minyak larut dengan baik, masukkan baki sesudu lagi jus lemon segar yang masih ada.
  • Masukkan garam dan black pepper sebagai perasa tambahan, sukatan mengikut citarasa anda.
  • Masukkan mayo yang dah siap tadi ke dalam botol dan simpan di dalam peti. Boleh digunakan lain kali untuk makan dengan roti, hidangan kek sihat dan sebagainya!

Nota: Mungkin mayonis akan mengeras di dalam peti sejuk, jadi anda boleh cuba gantikan minyak zaitun dengan minyak lain mengikut citarasa anda.

 

3. Telur Dadar Special

 

resepi telur dadar sihat yang mengandungi minyak kelapa dara

Telur dadar adalah antara masakan yang sangat mudah dan sangat lazat. Anda boleh menyesuaikannya dengan menambah daging atau sayuran kegemaran anda . Untuk jenis hidangan ini, minyak kelapa sangat baik untuk menggoreng kerana ia dapat menahan haba yang lebih tinggi dan lebih sihat daripada minyak lain. Cara menggunakan resepi ini sangat mudah. Anda boleh masukkan satu sudu besar minyak kelapa dara ke dalam telur semasa mengacaunya. Minyak ini boleh digunakan juga sebagai ganti bagi minyak masak.

 

4. Salad Sayur-Sayuran Atau Buah-Buahan

 

resepi salad sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi minyak kelapa dara

Salad juga adalah antara makanan sihat termudah yang anda boleh cuba amalkan seiring dengan minyak kelapa. Tak kisah sama ada anda menggunakan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam salad sayuran atau salad buah anda, jangan lupa untuk letakkan satu sudu minyak kelapa dara D’Aura sekali. Mahukan resepi pelbagai jenis salad yang begitu mudah dan sihat? Anda cuba boleh tengok resepi salad di sini.

 

5. Ayam Goreng MKD D’Aura

 

ayam yang digoreng dengan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

Cerita tentang ayam goreng, tak ramai yang tak suka makan, betul? Sebab itulah KFC di Malaysia pun selalu penuh sebab memang ramai orang suka makan ayam goreng. Jika anda seorang penggemar masak dan selalu berada di dapur, mungkin anda sudah tahu banyak resepi ayam goreng yang sedap. Tapi apa kata hari ini anda cuba resepi ayam goreng untuk MKD D’Aura ibu-ibu mengandung kerana resepi ini lebih sihat untuk anda.

Saiz Hidangan : 6

Masa hidangan : 20 minit

Bahan Hidangan :

  • 6 ketul paha atau dada ayam organik.
  • 4 biji telur organik
  • Almond meal atau almond flour untuk menggantikan bread crump atau tepung biasa. Anda boleh dapatkan di Shopee, Lazada atau mana-mana supermarket. Taip saja ‘almond meal’ di bahagian pencarian, pasti ada!
  • 1 sudu daun parsley kering
  • 1 sudu dried garlic
  • 2 sudu besar MKD D’Aura.

Cara Hidangan :

  • Pukul telur dalam mangkuk.
  • Gaulkan almond meal, daun parsley dan dried garlic ke dalam mangkuk yang berasingan.
  • Untuk penyediaan ayam goreng, celupkan ayam ke dalam telur. Kemudian salutkan ayam tadi dengan dalam campuran lagi satu (almond meal tadi).
  • Dalam kuali yang dipanaskan dengan suhu sederhana, panaskan minyak kelapa dara tadi. Kemudian masukkan ayam untuk digoreng. Goreng setiap sisi ayam tadi sehingga menjadi warna coklat atau selama lebih kurang lima minit untuk setiap sisi.
  • Kemudian angkat dan letakkan ke atas pinggang yang dilapis dengan kertas minyak atau tisu.
  • Nikmati hidangan anda!

 

Inilah antara 5 jenis hidangan yang anda boleh cuba untuk menggunakan minyak kelapa dara sebagai ramuan. Dalam memilih produk minyak kelapa di luar sana, anda perlu pastikan produk tersebut benar-benar berkualiti. Kebanyakan produk meletakkan bahan lain ke dalam minyak kelapa seperti kandungan air yang terlalu banyak .

Tapi jika anda ingin menggunakan minyak kelapa  yang betul-betul berkualiti dan tidak menggunakan campuran lain, anda mesti cuba Minyak Kelapa Dara D’Aura.

Bagaimana VCO @ Minyak Kelapa Dara D Aura dapat membantu memudahkan anda bersalin nanti?

PELINCIR SEMULAJADI!

VCO D Aura bertindak sebagai pelincir semulajadi.. InsyaAllah bila meneran nanti,mudah baby keluar.. 

ENERGY BOOSTER!

VCO D Aura sebagai ‘Energy Booster’ segera yg membantu bekalkan tenaga masa di labour room nanti..

VAGINA ELASTIK!

VCO D Aura juga bagus diamalkan masa hamil & menjadikan Kulit & Otot Vagina lebih elastik. InsyaAllah dapat kurangkan risiko koyakan.

Rakan Pengiklanan D Aura